Sunday, November 11, 2012

Istinbat Imamah dari Hadis al-Ghadir menurut Pandangan Ulama Ahlusunnah

Timbul kebimbangan di kalangan beberapa orang ulama Ahlusunnah apabila melihat hadis al-Ghadir secara terang-terangan menjelaskan ucapan Nabi (s.a.w): “Barangsiapa yang yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya” yang membawa maksud imamah dan kekhalifahan Ali bin Abi Talib.

Berikut adalah pengakuan empat orang daripada mereka:

1. Abu Hamid al-Ghazali:
واجمع الجماهير على متن الحديث من خطبته في يوم عيد يزحم باتفاق الجميع وهو يقول: ” من كنت مولاه فعلي مولاه ” فقال عمر بخ بخ يا أبا الحسن لقد أصبحت مولاي ومولى كل مولى فهذا تسليم ورضى وتحكيم ثم بعد هذا غلب الهوى تحب الرياسة وحمل عمود الخلافة وعقود النبوة وخفقان الهوى في قعقعة الرايات واشتباك ازدحام الخيول وفتح الأمصار وسقاهم كأس الهوى فعادوا إلى الخلاف الأول: فنبذوه وراء ظهورهم واشتروا به ثمناً قليلا.
سر العالمين وكشف ما في الدارين، أبو حامد الغزالي ج 1 ص 4
Ramai yang sebulat suara, tentang teks hadis khutbah baginda di hari Ghadir Khum, seluruhnya bersepakat bahawa ucapan baginda “Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya”, maka Umar bin al-Khattab pun berkata: Tahniah! tahniah! wahai Abal Hasan (Ali bin Abi Talib), sesungguhnya engkau telah menjadi pemimpinku, dan pemimpin atas setiap pemimpin. Ucapan Umar ini adalah penerimaan, kerelaan dan penimbangtaraan. Selepas itu hawa nafu mendominasinya sehingga membawa kepada kegilaan kuasa terhadap jawatan khalifah dan perjanjian bersama nabi. Hawa nafsu berdebaran dalam dentangan bendera, kuda bersesakan bertarung, negeri-negeri lain dibuka, mereka diberi minum dengan hawa nafsu sampai kembalilah mereka ke zaman pertama (jahiliyah). (surah al-Imran, ayat 187) Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit.
- Sirr al-’Alamin wa Khasf ma fi al-Dariyyan, Abu Hamid al-Ghazali, jilid 1 halaman 4

2. Sibt ibnu Jawzi:
Sibt Ibnu Jawzi yang terkenal sebagai ulama besar Ahlusunnah dari mazhab Hanafi telah menerangkan secara terperinci hadis Ghadir Khum dan kalimah “maula” di dalam kitab Tazkiratul Khawash. Akhirnya beliau mengambil kesimpulan bahawa hadis ini hanya membawa kepada makna keutamaan dan imamah:
فأما قوله من كنت مولاه ، فقال علماء العربية لفظة المولي ترد علي وجوه احدها بمعني المالك … والعاشر بمعني الأولي قال الله تعالي
فَاليومَ لا يُؤخذُ مِنكُمْ فِديَةٌ وَلا مِنَ الذينَ كَفرُوا مَأواكُم النارُ هِيَ مَولاكُم)، أي أولى بكم، وإذا ثبت هذا لم يجز حمل لفظة المولى في هذا الحديث على مالك الرق، لأن النبي (صلى الله عليه وآله) لم يكن مالكاً لرق علي (عليه السلام) حقيقة، ولا على المولى المُعتق لأنه لم يكن معتقاً لعلي، ولا على المعتق لأن علياً (عليه السلام) كان حراً، ولا على ابن العم لأنه كان ابن عمه، ولا على الحليف لأن الحلف يكون بين الغرباء للتعاضد والتناصر، وهذا المعنى موجود فيه، ولا على المتولي لضمان الجريرة لما قلنا أنه انتسخ ذلك، ولا على الجار لأنه يكون لغواً من الكلام وحوشي منصبه الكريم من ذلك، ولا على السيد المطاع لأنه كان مطيعاً له يقيه بنفسه ويجاهد بين يديه. والمراد من الحديث الطاعة المحضة المخصوصة، فتعين الوجه العاشر، وهو الأولى ومعناه من كنت أولى به من نفسه، فعلي أولى به، وقد صرّح بهذا المعنى الحافظ ابو الفرج يحيى بن السعيد الثقفي الاصبهاني في كتابه المسمى بمرج البحرين، فانه روى هذا الحديث باسناده الى مشايخه وقال فيه: فأخذ رسول الله (صلى الله عليه وآله) بيد علي فقال: “من كنت وليّه وأولى به من نفسه فعلي وليه”، فعلم أن جميع المعاني راجعة الى الوجه العاشر، ودل عليه أيضاً قوله (عليه السلام): “ألستُ أولى بالمؤمنين من أنفسهم”، وهذا نص صريح في إثبات إمامته وقبول طاعته،
سبط بن الجوزي الحنفي ، شمس الدين أبوالمظفر يوسف بن فرغلي بن عبد الله البغدادي ، تذكرة الخواص ، ص37 ـ 39 ، ناشر : مؤسسة أهل البيت ـ بيروت ، 1401هـ ـ 1981م .
Adapun ucapannya “Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya”, ulama Arab berkata salah satu makna lafaz “maula” merujuk kepada “pemilik”… dan makna kesepuluh ialah “keutamaan” sebagaimana firman Allah Ta’ala: “هي مولاكم”, iaitu yang lebih utama bagi kamu. Jikalau disabitkan pengertian seperti itu, maka lafaz maula di dalam hadis ini tidak boleh membawa makna “pemilikan hamba” kerana realitinya Nabi (s.a.w) bukanlah “pemilik hamba sahaya” Ali, lafaz juga tidak membawa makna “pembebas hamba”. Ini disebabkan baginda tidak pernah membebaskan Ali dari perhambaan, begitu juga Ali bukanlah “hamba yang sudah dimerdekakan”; Ali memang sudah bebas merdeka. Ini juga bukanlah bermakna anak saudara kepada sesiapa pun kerana Ali memang sudah menjadi anak saudara baginda. “Maula” tidak juga membawa makna “sekutu”, kerana persekutuan terjadi di antara pihak-pihak yang bergandingan tangan. Begitu juga bukan bermakna saling bekerjasama, kerana makna ini sudah ada di dalamnya. Tidak juga membawa makna perwalian/penjagaan untuk menjamin orang salah, bukan juga bermakna jiran kerana boleh menyebabkan kata-kata itu sia-sia dan menjadi aneh, bukan juga membawa makna “tuan” yang melazimkan ketaatan kepadanya, kerana baginda sudah pun ditaati.
Maka maksud kalimah “maula” di dalam hadis ini ialah “ketaatan yang mutlak dan eksklusif”. Maka makna ke-sepuluh ialah baginda adalah yang lebih utama iaitu :Barangsiapa yang mengutamakan aku daripada dirinya maka mendaklah menjadikan Ali adalah lebih utama baginya. Al-Hafiz Abu al-Faraj Yahya bin Sa’id al-Thaqafi al-Isbahani telah menjelaskannya dengan makna ini di dalam kitabnya yang bernama “Muruj al-Bahrain”. Beliau meriwayatkan hadis ini dengan persanadan mashayikhnya dan berkata: Rasulullah (s.a.w) mengambil tangan Ali dan bersabda: Tidakkah kalian mengetahui atau menyaksikan bahawa aku adalah paling utama bagi setiap kaum mu’minin lebih daripada diri mereka sendiri?.
Ini adalah nas yang jelas dalam menyabitkan imamahnya dan penerimaan ketaatan kepadanya.
- Sibt Ibnu Jawzi Al-Hanafi, Shamsuddin Abul Muzaffar Yusuf bin Farghali bin Abdullah al-Baghdadi, Tazkira al-Khawash, halaman 37-39.

3. Muhammad bin Talhah bin Shafi’i (wafat tahun 658 Hijrah):
Di dalam kitab Kifayah al-Talib, beliau telah menulis kecemerlangan Ali bin Abi Talib dengan menukilkan hadis:
ولو كنت مستخلفاً أحداً لم يكن أحد أحق منك لقدمك في الإسلام وقرابتك من رسول الله ، وصهرك …
Meskipun aku melantik seseorang sebagai khalifah, tidak ada sesiapapun yang lebih layak daripada engkau untuk mendahuluimu dalam Islam dan mendekatkan kekerabatan daripada Rasulullah, dan menantu…
Kemudian beliau menulis:
وهذا الحديث وإن دل على عدم الاستخلاف ، لكن حديث غدير خم دليل على التولية وهي الاستخلاف ، وهذا الحديث أعني حديث غدير خم ناسخ لأنه كان في آخر عمره.
الگنجي الشافعي ، الإمام الحافظ أبي عبد الله محمد بن يوسف بن محمد القرشي ، كفاية الطالب في مناقب علي بن أبي طالب ، ص 166 ـ 167 ، الباب السادس والثلاثون ، تحقيق و تصحيح و تعليق : محمد هادي اميني ، ناشر : دار احياء تراث اهل البيت (ع) ، طهران ، الطبعة الثالثة ، 1404هـ .
Sekiranya hadis ini (secara zahirnya) tidak menunjukkan tentang penentuan khalifah;  namun hadis Ghadir Khum sebenarnya dalil penentuan pemimpin; iaitu penentuan khalifah. Oleh itu makna hadis al-Ghadir Khum adalah nasikh (yang membatalkan hadis sebelumnya) kerana ia terjadi di akhir umur baginda.
Ganji al-Shafi’i, al-Imam al-Hafiz Abi al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Muhammad al-Qarashi, Kifayatul Talib fi Manaqib Ali bin Abi Talib, halaman 166-167, bab ke-36.

4. Ibrahim bin Sayyar yang terkenal sebagai Nizam Muktazili (wafat setelah tahun 220 Hijrah):
Nizam Muktazili merupakan salah seorang yang beriktikad bahawa Rasulullah (s.a.w) telah mengambil Ali bin Abi Talib sebagai khalifah baginda. Namun Umar bin al-Khattab menyangkal perkara ini dan mengambil bai’at daripada orang ramai demi untuk kepentingan peribadi Abu Bakar. Malangnya pengakuan beliau di akhir hidupnya ini menyebabkan tokoh-tokoh Ahlusunnah menentangnya dengan keras dengan kritikan bahawa beliau seorang yang dhaif dan tidak dapat dipercayai.
قال : أولاً : لا إمامة إلا بالنص والتعيين ظاهراً أو مكشوفاً وقد نص النبي صلى الله عليه وسلم على علي رضي الله عنه في مواضع وأظهره إظهاراً لم يشتبه على الجماعة إلا أن عمر كتم ذلك وهو الذي تولى بيعة أبي بكر يوم السقيفة .
الشهرستاني ، محمد بن عبد الكريم بن أبي بكر أحمد (متوفاي548هـ) ، الملل والنحل ، ج 1 ، ص 57 ، تحقيق : محمد سيد كيلاني ، ناشر : دار المعرفة – بيروت – 1404هـ .
Beliau berkata: Imamah tidak terjadi kecuali dengan nas (ucapan daripada Allah dan Rasulullah) dan ditentukan secara zahir (jelas), atau ditemukan. Sesungguhnya Nabi (s.a.w) secara jelas menerangkan secara nas dalam beberapa keadaan, dan menyatakan secara zahir tanpa ada sebarang keraguan di kalangan orang ramai. Akan tetapi Umar telah menyembunyikannya di hari Saqifah dan bertanggungjawab mengambil bai’ah untuk kekhalifahan Abu Bakar.
al-Sharestäni, Muhammad bin Abdul Karim bin Abi Bakr Ahmad (wafat tahun 548 Hijrah), al-Milal Wan Nihal, jilid 1 halaman 57
------------------------------------------------------
[1] amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu; mengistinbatkan menyabitkan hukum berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu: kesimpulan ini dapat difahami dan diistinbatkan drpd al-Quran dan hadis (Kamus Dewan)

0 comments:

Post a Comment

 

N.a.i.n.a.w.a. Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers